RSS

Wednesday, July 6, 2011

Temuduga?!

ATTENTION!! :
SEMUA MANUSIA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!

KEKOSONGAN JAWATAN:
a) ahli syurga dari awal  ^_^
b) ahli neraka dari awal  ~_~
c) ahli neraka sementara kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga


4 GANJARAN LUMAYAN TUU (special utk jwtn a SHJ taw):
1. nikmat kubur
2. perlindungan di mahsyar
3. keselamatan meniti titian sirat
4. syurga yang kekal abadi


TARIKH TEMUDUGA:
bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.. (so, kna slalu bsedia lah kn?!)


LOKASI TEMUDUGA:
~ resort al- barzakh


KELAYAKAN :
~Xpayah sijil2, pingat, duit, harta bagai.. xperlu pun nak make up leklok, dgn jaga badan semua... hanya perlu bawa dokumen asal yang dah memang tersedia dlm diri kita yakni Iman n Amal kita..


PANEL PENEMUDUGA :
munkar n nakir


6 SOALAN BOCOR:


  1. siapa Tuhan anda?
  2. Apa agama anda?
  3. siapa Nabi anda?
  4. Apa kitab anda?
  5. di mana kiblat anda?
  6. siapa saudara anda?
tips- xpayah nervous kerana sebelum penemuduga datang pun anda akan diulang kembali soalan bocor ini oleh pak imam yang bertugas.


CARA MEMOHON:
anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja( mungkin sekejap lagi). ia akan berlembut dengan orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Namanya IZRAIL.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad b Hanbal bermaksud begini:


sabda Rasulullah SAW :


Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah(kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukan ketika beliau masih hidup akan diletakkan di kepalanya, puasanya di kanannya, zakatnya di sebelah kiri, dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturahim, kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung kedua kakinya. ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat berkata: tiada jalan masuk dari arasku. kemudian, malaikat berpindah ke sebelah kanan, puasa berkata : tiada jalan masuk dari arasku. kemudian ke sebelah kiri pula, zakat berkata : tiada jalan masuk dari arasku. kemudian didatangi dari arah kedua hujung kaki dan berkatalah amal kebajikan :tiada jalan masuk dari arasku.
Maka malaikat berkata kepadanya :
duduklah kamu. kepadanya diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? maka jawab mayat itu: tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. maka berkata malaikat: sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? maka mayat itu berkata : lelaki itu adalah nabi Muhammad SAW dan aku naik Saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah SWT.
maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikian kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat InsyaAllah. kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. maka bertambahlah gembira mayat itu. kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.


subhanallah! hurm... nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras ( kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!!


Sudah pasti menjadi impian setiap drp kita ini untuk mengecap syurga yang manis itu... namun, di dunia ini pasti ada yang cemburu dengan impian kita. sudah pasti ada yang dengki, cuba untuk merosakkan, menghalang kita daripada mengecap bahagia.. siapakah ia??? nanti kita berkenalan pula dengan makhluk Allah yang ini nanti, InsyaAllah!  


Wallahualam...
 
Copyright TinTa iMaN~ 2009.
Converted To web hosts | itheme wp | Blogspot Template