RSS

Monday, August 15, 2011

indahnya makna doa suratul Yaasin yang kita selalu baca!

Assalamualaikum w.b.t.
            Setelah habis membaca surah yaasin beserta doanya, saya selalu tertanya-tanya apakah makna doa ini. Selalunya untuk menyelami dan menghayati bacaan terutama ayat al-quran kita mestilah sedikit sebanyak mengetahui maksud perkataan yang kita baca bukan? jikalau kita membaca surah a.k.a ayat cinta Allah di dalam al-Quran, kita boleh membaca terjemahannya untuk lebih menghayati apa yang kita baca. Semangat untuk mencari terjemahan bagi doa yang acapkali kita lazimi ini semakin membara tatkala seorang sahabat mengesyorkan semua mencari makna di sebalik doa ini kerana maknanya yang mendalam dan sungguh indah....




            Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepada-Mulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.

Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara.

Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan–Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.

Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.

Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan".

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruf kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

nikmat kefahaman hasil daripada mentadabbur al-Quran

Solat atas kren?!

    Assalamualaikum w.b.t.     
      Islam ni agama yang praktikal.Sedikit pun ia tidak membebankan umatnya bahkan menudahkan umatnya... yang menjadikan kita terasa beban untuk beribadah ialah nafsu dan godaan syaitan yang sentiasa berusaha dengan pelbagai gajet2 canggih untuk melemahkan umat islam contohnya lipstik umpat, maskara mengantuk sewaktu solat, bom pergaduhan, cucuk api kemarahan (ceduk drp majalah ASUH).. kenapa perlu ibadah? solat, puasa, zakat, sedekah dll..? jawapannya untuk meningkatkan kebergantungan kita kepada Allah dalam segenap aspek kehidupan; kehidupan seharian, ujian mendatang, keberkatan amalan, syukur pd rezeki dan banyak lagi.. ingat! Allah yang ciptakan kita.. Allah tidak bergantung pun pada kita atau perlukan kita sebaliknya kitalah yang bergantung harap, perlukan Allah..

         Teringat perbualan dengan sepupu sewaktu dalam perjalanan pulang drp alor star ke kangar.. Kebetulan pada hari tu hari Jumaat dan saya pergi ke Alor Star untuk membeli barang-barang untuk masuk semula ke U pada bulan 9 nanti.. ++ nak eratkan lagi ukhuwah dengan k long tersayang.. (Sebelum tu nak meminta maaf jika ada menyentuh sensitiviti setempat ke..tapi perlu demi menjaga tepi kain umat sendiri, bak kata ustaz pahrol mohd juoi dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki). 
           Kisahnya bermula... waktu dalam kereta tu, tetiba saya berkata, "kak long, beza na suasana kalo keluaq kangar n aloq staq hari jumaat dengan keluaq KL hari Jumaat.."
          "Awat pulak?", k long bertanya. Lalu, saya menjawab, "ya la.. dulu waktu along belajaq kat KL la baru along perasan benda ni.. Kalo kat kangaq n aloq staq, kalo time solat Jumaat, susah nak nampak orang laki kat luaq.. kat mall ka kat kedai ka.. setakat ni along xpernah nampak la.. mungkin ada yang xpi solat jumaat tapi xdak la berkeliaran kat public.. jalan pun cam lengang sikit. Beza kalo kat KL.. kat mall tu ramai la laki  melayu yang slumber ja dok lepak2, keluaq dengan awek kat mall.. bila kita tengok, depa buat muka cover plak, yang buat donnno ja pun ada.dah terang tang-tang yang muka Melayu, keluar dengan orang melayu, perempuan Melayu..hish.. apa nak jadi dengan umat la nih...". Getusku dengan rasa tidak puas hati. Risau ku memikirkan senario yang mungkin dipandang remeh ja oleh sesetengah pihak. 
           "Memang betoi pun.. Kak long lagilah nampak sebab dulu kan pernah kerja kat KL. hah, ni nak cerita ni.. dulu, kak long kerja kat tingkat 18 waktu kat KL dulu. sebelah office k long tu ada construction site la. memang nampak la banyak mat-mat asing dok kerja kat situ.. Satu hari ni, ada 2 orang officemate lelaki tak pi sembahyang jumaat la. minggu lepas pun muka-muka tu jugak takpi. Pastu, kami yang dok tengah berehat ni pun tegur la depa tu. "Nih, hampa tak malu ka xpi semayang jumaat nih? Depa siap jawab,"laa.. relaks la.. baru nak rehat..lagipun, tak jadi apa2 la kalo tak pegi sekali ni je.. kan kalo xpi 3 kali berturut-turut baru tertutup hati kan?".." Astaghfirullah.. berani betoi depa cakap macam tu.. boleh pulak main dengan hukum.. depa tu tak teringat ka macam mana kalau waktu tengah skip semayang jumaat tu meninggal dunia.. xkan la nak tunggu 3 kali berturut-turut baru nak menyesal..", ulasku dengan marah. 
  " kami pun habaq la," kak long menyambung. "tak malu ka?  mat-mat asing yang kerja construction tu pun pi semayang tau.. tengok tu.. ramai tu berduyun-duyun pi..". Sambil menunjuk ke arah kumpulan pekerja, lengkap berkopiah menuju ke masjid berhampiran yang kelihatan seperti sekumpulan semut dari tingkap pejabat kami. Mereka hanya diam. "tu, nampak tu! atas kren construction tu! pekerja kren tu xboleh tinggal kren dia sebab nanti xdak orang nak kendali kren tu.. tapi, boleh lagi sembahyang atas kren tu.. nampak x? subhanallah..Dia dengan panasnya, gayat tingginya, letih buat kerja berat lagi. Sedangkan dia boleh ambil peduli untuk solat, apatah lagi hampa yang kerja dalam pejabat, aircond n letih pun tak tara mana..". Mereka tertunduk setelah melihat kebenaran hidayah yang jelas sekali terpampang di depan mata. Keinsafan menjalar di lubuk hati. "Weyh, jom r..". Mereka berdua pun meninggalkan office tu menuju ke masjid insyaAllah. Selepas daripada tu, dah tak nampak dah la muka-muka tu ponteng solat jumaat.Alhamdulillah..
            "waaa, bestnyer.. Allah tegur depa dengan memperlihatkan bukti yang jelas sekali sebagai iktibar untuk depa", ulasku setelah mendengar dengan penuh minat.

solatlah! di mana sahaja anda berada..
Kesimpulannya, segala ibadah menjadi mudah jika kita ambil berat dan akan menjadi berat jika kita ambil mudah je. tapi dengan adanya alasan2, ia akan jadi susah untuk dikerjakan! Jom!ibadah yang dilakukan menetukan masa depan akhirat kita.. Fastabiqul Khairat Demi redha Allah.. Wallahualam (^_^)





 
Copyright TinTa iMaN~ 2009.
Converted To web hosts | itheme wp | Blogspot Template