RSS

Tuesday, February 15, 2011

Tika ini
fikiranku melayang sejenak
dalam kekalutan minda mengarus gelora lautan ilmu
aku terkenang kembali dosa-dosaku
dosa-dosa seorang pencinta yang lemah
hati pencinta sepatutnya terisi dengan ingatan-ingatan
pujaan pujian terhadap Kekasihnya
namun aku?
mungkin langsung tidak layak memegang gelaran pencintaMu
kerana aku lalai, degil, alpa
dalam usaha melayani kesukaan Kekasihku
dan acapkali melakukan larangan Nya
kadangkala aku lupa
pencinta tarafku ini dengan mudah sahaja diketepikan
kerana ramai lagi pencinta yang setia menagih cinta daripada Kekasihku
Ah! cemburu menguasai diriku
aku juga mahukan perhatianNya
Oleh itu, siang dan malam
aku memohon ampun, merintih, merayu 
agar jangan pergi dari daku
Sejujurnya, aku tidak dapat hidup tanpaMu
aku sanggup melutut, bahkan bersujud
selama manapu  aku sanggup demi menghirup cinta manis yang Kau janjikan
sayangilah aku...
moga-moga belum terlambat lagi untukku
moga-moga cinta Kekasih Agung sepertiMu tidak sirna lagi untukku
sang pencinta yang lemah...



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright TinTa iMaN~ 2009.
Converted To web hosts | itheme wp | Blogspot Template