RSS

Thursday, September 29, 2011

Kekuatan kita!

Sesungguhnya, kekuatan muslim itu boleh diklasifikasikan kepada 3:-
Y  Kekuatan iman
Y  Kekuatan ukhuwah
Y  Kekuatan fizikal

Kita selalu berusaha dan mencari kekuatan ketiga iaitu fizikal, material, ketenteraan untuk menentang musuh Islam... tanpa kita sedar sebenarnya kekuatan ketiga sahaja tidak cukup dan hanya akan diperoleh apabila telah kita capai 2 kekuatan utama yang sebelumnya.

ü Kekuatan iman

Sedarkah kita? Kita selalu bergelak ketawa, berehat, rileks2 dulu, pulun study dll..tapi dalam masa yang sama kita selalu kata kita nak perangi musuh Islam. Bila kita dengar kes Lina Joy, kita marah. Bila dengar Israel buat apa, kita geram. Bila dengar masalah birokrasi, penindasan di Palestin, kita tak puas hati. Tapi cukupkah sekadar mainan rasa je??? Geram, marah, tak puas hati... bila kita baca baru nak terasa... pastu kita sambung kembali kehidupan kita dengan gelak ketawa lagi, bersuka ria dan macam-macam..
             Di mana kekuatan iman kita?? Adakah hanya pada solat, puasa, pergi  masjid, belajar?? Memang la tak dinafikan kebenarannya tapi... di mana keimanan kita pada ayat-ayat al-Quran yang menyuruh kita berjihad? Huh, dengar perkataan JIHAD pun dah tak sedap badan, seram sejuk la, sakit perut la.. macam-macam mehnahnya.. di mana keimanan kita bahawa REZEKI itu di tanga Allah? Rezeki bukan pada majikan sehingga kita takut untuk berdakwah, mengamalkan cara hidup Islam.. Memakai tudung di tempat kerja, solat di tempat kerja..gaji bagaimana? Posting? Tu semua yang kita takut kan? Di mana keimanan kita yang selalu kita sebut, Allah adalah penentu segalanya kalau dengan ancaman sebegitu kecil pun dah kita lemah?
                Sebenarnya, kita... terlalu selesa.. ibarat harimau belang yang sedang tidur nyenyak.. Dahulu, pejuang Islam sanggup mati kerana nak pertahankan islam sebagai Ad-Diin, Imam Syahid Hassan al-Banna, Zainab al-Ghazali dan ramai lagi sanggup tubuh dimamah belati, rotan, sebatan, disalib, pedih kulit tersiat kemudian terseksa lagi dengan  direndam dalam air.. seksaan demi seksaan dihadapi demi pertahankan kalimah “Lailahaillallah! Muhammadur Rasulullah!”Subhanallah! bagaimana dengan kita????
             Sedarlah, pejuang bumi syahid Palestin dan pejuang Islam lain langsung tak makan gaji, langsung tak ada tempat berteduh yang selesa, langsung takda masa untuk bergelak ketawa, rileks2.. sedangkan kita, Allah dah kurniakan nikmat kesenangan dan keamanan dan macam-macam lagilah, kenapa kita terlalu kecut? Beginikah cara untuk kita bersyukur? Dengan membiarkan tanah islam, saudara islam kita di sana? Kubur sendiri, kenapa nak peduli orang lain.. begitu ke??

ü Kekuatan ukhuwah

Sepanjang perkenalan kita, saya percaya rata-rata daripada kita sering sebut, inilah ukhuwah kita, jaga ukhuwah kita, bestnyer ukhuwah ni, ukhuwah Abadan abada dan macam-macam lagi.. hinggakan ada yang kata ukhuwah kita mantap... memang la ukhuwah kita mantap tapi.. cuba renungkan.. berapa mantap ukhuwah kita? Atas apa ukhuwah kita terbina? Ukhuwah fillah? Ukhuwah untuk perjuangkan agama? Mungkin ukhuwah kita hanya kerana kita sekelas, satu course, kerana kita satu perjuangan, hanya dalam menuntut ilmu..
                   memang tidak dinafikan memang ukhuwah kita manis.. tapi, adakah dengan ukhuwah itu, kita dapat menentang musuh-musuh kita?  Sedar tak, siapa musuh kita? Ke tak sedar? Kalau ukhuwah begini bolehlah maybe dalam 6-7 tahun.. lepas kita kerja, apa jadi???
                Kekuatan ukhuwah sebenar terbina di atas fikrah Islam dalam diri kita dan KEFAHAMAN TENTANG UKHUWAH SERTA KEPENTINGANNYA dalam diri kita.. Kefahaman Islam.. Sejauh mana kita faham tuntutan dalam islam itu, termasuklah dalam memperjuangkannya, dalam berjemaahnya.. kefahaman ukhuwah itu atas 1 keimanan yang sama... atas 1 matlamat yang sama yang kita usahakan, bukan hanya berdiam diri.. atas 1 perjuangan yang sama, yang tersusun manhaj dan strateginya... atas 1 fikrah yang sama..

         Sahabat-sahabat,
 andai ukhuwah kita hanya kerana kita pelajar, suatu hari nanti kita akan graduasi....
andai ukhuwah kita kerana kita nak kerja, suatu hari nanti kita akan bersara...
andai ukhuwah kita kerana kita manusia, suatu hari nanti kita akan mati....
tapi,
andai ukhuwah kita kerana kita perjuangkan Islam, ia akan berkekalan ke akhirat sana.. InsyaAllah!

Hasil ukhuwah kita ni akan terbina dan lahirlah ramai generasi pejuang Islam yang akan meneruskan perjuangan walaupun kita telah pergi. Ukhuwah kita juga akan bersama pejuang seterusnya..Dengan kekuatan ukhuwah sebeginilah musuh-musuh akan gentar. Umat islam tidak akan lagi seperti buih-buih di lautan. Islam sebagai Ustaziatul alam pun akan terlaksana. Zaman kegemilangan Islam akan kembali.. Jika saya hidup pada saat itu,Subhamallah pasti tidak tergambar reaksi di kala itu.. perasaan gembira, air mata sudah tentu mengalir penuh syukur..  lantas, saya berazam, “aku ingin menjadi penyumbang kepada kebangkitan Islam, walaupun sumbangan itu sedikit demi sedikit, berapa keringat, wang yang perlu.. nak dibandingkan dengan kepuasan pabila Islam tercinta kembali subur mekar, jaminan syurga bagi yang berjuang pada agama.. tak terbanding, ibarat celup jari dalam air, lekat sedikit sangat air itu..

                Namun, itu semua adalah mustahil andai antum, ana, kita terus leka dengan masa muda kita.. pilihan kita hanyalah “”imam syahadah au imam saadah”

Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang lebih kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(at-Taubah:24)

Wallahualam.. *^_^*

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright TinTa iMaN~ 2009.
Converted To web hosts | itheme wp | Blogspot Template