RSS

Sunday, October 16, 2011

Aku Benci OKU~


                        Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat.OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru kerja sikit dah berhenti separuh jalan. Memangla tak ada orang yang suka ambil OKU untuk bekerja dengan mereka.. saya juga sarankan kepada teman-teman semua jangan ambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda.
                Merungut lebat, kerja lambat. Kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrahmanusia. Tiada yang sempurna, jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!Sudah malas, banyak pula alasannya.
                        OKU itu hanyalah gelaran, tapi gelaran itu bukan mutlak pada satu milikan sahaja. OKU yang saya katakan ini bukan mereka yang tidak berkaki, tidak bertangan tapi mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan hanya mahu hidup senang lenang tanpa mahu kenal erti kepayahan.. OKU = ORANG KURANG USAHA!

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, mudahkanlah bagiku tugasanku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aki ilham dari sisiMu agar apa yang aku kongsikan di sini terletak dalam redhaMu, dan peliharalah kami semua agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agamaMu. Amiin ya Rabbal Alamiin..                       

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright TinTa iMaN~ 2009.
Converted To web hosts | itheme wp | Blogspot Template